Program lawatan Akademik,Industri dan Kebudayaan ke Jepun 2009 atau Japan Educational,Industrial and Cultural Visit Program 2009 (Japan EIC’09) adalah gabungan lawatan sambil belajar ke kawasan industri dan akademik dengan tujuan perkongsian idea,baik ilmu pengetahuan mahupun budaya Malaysia dan Jepun.
Program ini dianjurkan oleh Kelab Bahasa Jepun Professional Universiti Malaysia Pahang (JANPu) dengan kerjasama Pusat Bahasa Moden Dan Sains Kemanusiaan,Universiti Malaysia Pahang,dan Jabatan Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni Universiti Malaysia Pahang.Seramai 13 peserta bersama 2 pengiring telah terpilih bagi mangikuti program ini pada 26 November 2009 hingga 5 Disember 2010.
Objektif utama program ini adalah untuk mencipta serta mempublisitikan Universiti Malaysia Pahang dipersada antarabangsa sekaligus merealisasikan matlamat program yakni universiti sendiri iaitu untuk menjadi universiti teknikal berteraskan kompentasi bertaraf dunia.
0 comments:
Post a Comment